[email protected] +603-7967 7022               

CEDERA SEMASA LATIHAN TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT ATLET SUKMA MENDAFTAR SEBAGAI MAHASISWA UM

Atlet Sukan Malaysia (SUKMA) gimnastik artistik, Nur Iman Qistina Adzni, 18, yang mengalami kecederaan semasa latihan sehari sebelum hari Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi Sains sesi 2024/2025 masih lagi bersemangat untuk datang mendaftar secara fizikal ke Universiti Malaya, hari ini.

“Menjadi mahasiswi Universiti Malaya merupakan impian saya dan kecederaan yang saya alami ini merupakan halangan kecil sahaja. Ianya tidak dapat menghentikan dan mematahkan semangat saya untuk hadir mendaftar sebagai mahasiswi Universiti Malaya.

“Proses pendaftaran hari ini berjalan dengan lancar dan fasilitator pelajar sangat membantu dari awal pendaftaran. Saya juga dimaklumkan bahawa pihak kolej akan membantu menyediakan kenderaan bagi memudahkan saya ke kelas sehingga saya pulih,” katanya.

Menurut Iman Qistina, temasya SUKMA akan berlangsung pada Ogos dan beliau perlu pulih dan kembali berlatih bagi temasya tersebut dalam masa sebulan ini.

Seramai 2,094 pelajar baharu sesi 2024/2025 bagi program-program Asasi Sains aliran Hayat, Fizikal, Sains Sosial dan Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIDS) mula mendaftar di Universiti Malaya, di sini, hari ini.


Last Update: Aug 09, 2024