[email protected] +603-7967 7022               

KEYSIGHT & UM STRENGTHENS EUROPEAN-ASIAN COOPERATION FOR 6G RESEARCH

Under the project leadership of Keysight, the Horizon Europe-funded 6G-SANDBOX project signed a memorandum of understanding (MoU) with Universiti Malaya to advance innovation in the field of 6G networks. This is the second major MoU that 6G SANDBOX has signed with an Asian organization to promote global cooperation for 6G research.

“Our partnership with Universiti Malaya not only enhances the research we are conducting for 6G networks, but also strengthens the collaboration between Europe and Asia for the next generation of wireless communications,” said Keysight’s Michael Dieudonné, 6G-SANDBOX coordinator.

“Looking ahead, we plan to continue extending invitations to other Asian universities and companies to further build a global 6G ecosystem,” he added.

The collaboration with Universiti Malaya will be focused on integrating technologies, applications, and experimental networks from the university onto the 6G-SANDBOX testbeds, enabling joint 6G networks research, trials, and demonstrations.

“Universiti Malaya has been at the forefront of telecommunications research, with numerous programs focused on advancing wireless communication technology,” said Professor Ir. Dr. Kaharudin Dimyati, Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation) Universiti Malaya.

“Our partnership with 6G-SANDBOX will provide our researchers with a unique opportunity to contribute to the development of 6G networks and it will be exciting to see the innovations that will emerge from this collaboration,” Professor Kaharudin added.

Keysight General Manager of Wireless Conformance Muthu Kumaran agrees that the project holds great promise for the advancement of 6G. “It will be interesting to see the progress that will be made through this agreement and how it will be applied to 6G technology globally,” he said. “By supporting the university and 6G SANDBOX with our measurement expertise and resources, Keysight is directly contributing to the development of 6G networks.”

6G-SANDBOX was launched in January 2023 by Keysight in collaboration with 16 partners to create a pan-European testbed for 6G experimentation. The project will combine digital and physical nodes to deliver fully configurable, manageable, and controllable end-to-end networks for validating new technologies and research advancements for 6G. In addition, 6G-SANBOX will enable entities across the European Union (EU) to test promising technical 6G enablers, including network automation, cybersecurity, digital twins, and artificial intelligence (AI), as well as technologies that streamline energy consumption.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KEYSIGHT & UM MENGUKUHKAN KERJASAMA EROPAH-ASIA UNTUK PENYELIDIKAN 6G

Di bawah kepimpinan Keysight, projek 6G-SANDBOX yang dibiayai oleh Horizon Europe telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaya untuk memajukan inovasi dalam bidang rangkaian 6G. Ini merupakan MoU kedua yang melibatkan 6G-SANDBOX dan organisasi dari Asia untuk menggalakkan kerjasama global dalam penyelidikan 6G.

“Kerjasama kami dengan Universiti Malaya bukan sahaja meningkatkan penyelidikan yang kami jalankan untuk rangkaian 6G, tetapi juga mengukuhkan kerjasama antara Eropah dan Asia untuk komunikasi tanpa wayar generasi akan datang,” kata Michael Dieudonné dari Keysight, penyelaras 6G-SANDBOX.

“Melihat ke hadapan, kami bercadang untuk meneruskan jemputan kepada universiti dan syarikat Asia lain untuk terus membina ekosistem 6G global,” tambahnya.

Kerjasama dengan Universiti Malaya akan tertumpu kepada penyepaduan teknologi, aplikasi dan rangkaian percubaan dari universiti ke platform ujian 6G-SANDBOX, membolehkan penyelidikan bersama rangkaian 6G, percubaan dan demonstrasi.

“Universiti Malaya telah berada di barisan hadapan dalam penyelidikan telekomunikasi, dengan pelbagai program tertumpu kepada memajukan teknologi komunikasi tanpa wayar,” kata Profesor Ir. Dr Kaharudin Dimyati, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Malaya.

“Kerjasama kami dengan 6G-SANDBOX akan memberikan penyelidik kami peluang unik untuk menyumbang kepada pembangunan rangkaian 6G dan menarik untuk melihat inovasi yang akan muncul melalui kerjasama ini,” tambah Profesor Kaharudin.

Pengurus Besar Keysight bagi Pematuhan Tanpa Wayar Muthu Kumaran bersetuju bahawa projek itu menjanjikan kejayaan besar untuk kemajuan 6G. "Adalah menarik untuk melihat kemajuan yang akan dicapai melalui perjanjian ini dan bagaimana ia akan digunakan untuk teknologi 6G di peringkat global," katanya. “Dengan menyokong universiti dan 6G SANDBOX dengan kepakaran dan sumber pengukuran kami, Keysight secara langsung menyumbang kepada pembangunan rangkaian 6G.”

6G-SANDBOX telah dilancarkan pada Januari 2023 oleh Keysight dengan kerjasama 16 rakan kongsi untuk mencipta tempat ujian pan-Eropah untuk eksperimentasi 6G. Projek ini akan menggabungkan nod-nod digital dan fizikal untuk menghasilkan rangkaian hujung ke hujung yang boleh dikonfigurasikan sepenuhnya, boleh diurus dan boleh dikawal untuk mengesahkan teknologi baharu dan kemajuan penyelidikan dalam 6G. Selain itu, 6G-SANDBOX akan membolehkan entiti di seluruh Kesatuan Eropah (EU) menguji pemboleh teknikal 6G yang menjanjikan, termasuk automasi rangkaian, keselamatan siber, kembar digital dan kecerdasan buatan (AI), serta teknologi yang menyelaraskan penggunaan tenaga.

Last Update: Aug 09, 2024