corporate@um.edu.my +603-7967 7022                  

UM TO SET UP FOUNDATION CAMPUS IN PEKING UNIVERSITY AND BRANCH CAMPUS IN CHINA


Universiti Malaya (UM) is making bold strides on the global stage, forging exciting new partnerships and expanding its influence, particularly in China. Vice Chancellor Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman recently embarked on a transformative visit, engaging with top institutions and government leaders, including China’s Deputy Minister of Education, H.E. Wu Yan. This high-level meeting reaffirmed the deep-rooted educational ties between both nations, igniting fresh opportunities for knowledge exchange, research collaboration, and cutting-edge technological advancements.

A key highlight of the visit was the Vice Chancellor’s meeting with Peking University’s President, Professor Gong Qihuang. Their discussions brimmed with enthusiasm over potential academic collaborations, including the establishment of a Foundation Programme at Peking University. This initiative represents a significant leap forward in cementing UM’s reputation as a global leader in higher education and strengthening its presence in China’s prestigious academic circles.

Further elevating this mission, the Vice Chancellor engaged in pivotal discussions with the Vice Governors of Shandong and Hubei provinces, H.E. Zhang Haibo and H.E. Shao Xinyu. These meetings explored the thrilling possibility of establishing UM branch campus in either province, leveraging their economic and technological strengths. Such an initiative would not only bring Malaysian education to China but also nurture a new generation of global-ready talent.

“The potential UM branch campus isn’t just about expanding academic footprints, it’s about building bridges between cultures, fostering innovation, and creating lifelong opportunities for students and researchers alike. By deepening Malaysia-China educational ties, UM is championing an inclusive, knowledge-driven future that benefits both nations and the world at large.

“With China’s Ministry of Education backing these transformative efforts, the stage is set for deeper collaboration in research, innovation, and intellectual exchange. This momentum reflects Malaysia’s national commitment to elevating education standards and fostering global partnerships that will empower future generations,” said Professor Dato’ Seri Noor Azuan. 

Another exciting milestone of the visit was the Vice Chancellor’s meeting with Mr. Wang Daquan, Director General of the Chinese Service Centre for Scholarly Exchange (CSCSE). Their conversation revolved around harnessing digital technology and AI to enhance student screening processes. The establishment of the CSCSE-UM Centre is set to streamline Chinese student admissions, ensuring a seamless and high-quality selection process that will open doors for the brightest minds to study in Malaysia.

This collaboration underscores UM’s forward-thinking approach in embracing technology to elevate the international student experience. By integrating AI and digital tools into student recruitment and academic processes, UM is setting new benchmarks for excellence in higher education.

These groundbreaking initiatives reaffirm UM’s unwavering dedication to driving academic, technological, and socio-economic progress on a global scale. More than just expanding its influence, UM is crafting meaningful, impactful partnerships that elevate Malaysia’s stature in the world of higher education.

Looking ahead, UM remains steadfast in its pursuit of new frontiers in education and research. UM’s engagement in China is not just about building institutions, it’s about building futures, fueling progress, and shaping a world where knowledge knows no borders.

-----------------------------------------------------------------------

UM BAKAL TUBUH KAMPUS ASASI DI UNIVERSITI PEKING DAN KAMPUS CAWANGAN DI CHINA

Universiti Malaya (UM) terus mencipta langkah baharu dan berani di persada antarabangsa, membina kerjasama strategik yang berimpak tinggi dan memperkukuh pengaruh positif di seluruh dunia, terutamanya di China. Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman baru-baru ini telah mengadakan lawatan bersejarah dalam bertemu dengan institusi ternama serta pemimpin kerajaan di China, termasuk Timbalan Menteri Pendidikan China, H.E. Wu Yan. Pertemuan berprofil tinggi ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan pendidikan antara Malaysia dan China, tetapi juga membuka lembaran baharu dalam pertukaran ilmu, penyelidikan bersama, dan penerokaan teknologi masa depan bagi manfaat bersama.

Salah satu platform strategik dan penting dalam lawatan ini adalah pertemuan Naib Canselor dengan Presiden Universiti Peking, Profesor Gong Qihuang. Perbincangan antara kedua-dua pihak memberi fokus kepada peluang kolaborasi akademik, termasuk penubuhan Program Asasi UM di Universiti Peking. Inisiatif ini bakal mencetus lonjakan besar dalam memperkukuh reputasi UM sebagai peneraju pendidikan tinggi global, selain memperluas kehadirannya dalam ekosistem akademik elit China.

Lebih daripada sekadar memperluas jaringan akademik, UM turut meneroka peluang penubuhan kampus cawangan di China. Dalam perbincangan dengan Naib Gabenor Wilayah Shandong dan Hubei, H.E. Zhang Haibo dan H.E. Shao Xinyu, Naib Canselor membincangkan potensi membuka kampus cawangan UM di salah satu wilayah ini. Dengan memanfaatkan kekuatan ekonomi dan teknologi yang dimiliki kedua-dua wilayah tersebut, kampus ini berpotensi menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bukan sahaja membawa reputasi dan nama baik sistem pendidikan tinggi Malaysia ke China, tetapi juga melahirkan bakat global yang berdaya saing.

“Penubuhan kampus cawangan UM ini bukan sekadar melebarkan sayap akademik, tetapi berfungsi sebagai penghubung dalam menghubungkan budaya dan pertalian sesama insan, memupuk inovasi, dan mencipta peluang sepanjang hayat bagi pelajar serta penyelidik. Dengan memperkukuhkan hubungan pendidikan Malaysia-China, UM komited untuk membangunkan masa depan yang lebih inklusif dan berpaksikan ilmu demi manfaat bersama untuk kepentingan kemanusiaan dan dunia masa depan. Ini seiring dengan perubahan pantas peredaran landskap pendidikan tinggi dan juga ekosistem pertumbuhan ekonomi dan teknologi global yang menuntut strategi tuntas dan berlandaskan masa depan,” kata Profesor Dato’ Seri Noor Azuan.

Selain itu, lawatan ini turut menyaksikan satu lagi kejayaan penting dengan pertemuan Naib Canselor dengan Ketua Pengarah Chinese Service Centre for Scholarly Exchange (CSCSE), Encik Wang Daquan. Fokus utama perbincangan adalah penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkasa proses pemilihan pelajar China ke UM, di mana bakat terbaik akan dipilih untuk memastikan kualiti kemasukan pelajar. Dalam usaha meningkatkan pengalaman pelajar antarabangsa, UM dan CSCSE merancang untuk menubuhkan Pusat CSCSE-UM, yang akan memastikan sistem pemilihan pelajar lebih cekap, lancar, dan berkualiti tinggi.

Kerjasama ini menjadi bukti kesungguhan UM dalam menerapkan teknologi sebagai pemangkin kecemerlangan akademik. Dengan menggabungkan AI dan alat digital dalam proses pengambilan pelajar serta operasi akademik, UM bukan sahaja menetapkan penanda aras baharu dalam pendidikan tinggi, malah membina ekosistem pembelajaran yang lebih maju dan responsif terhadap keperluan global.

Usaha berani ini mengukuhkan dedikasi UM dalam memacu kemajuan akademik, teknologi, dan sosio-ekonomi di peringkat antarabangsa. Dalam tuntutan keperluan masa depan baharu, UM sedang membentuk kerjasama yang beraspirasi tinggi dan berimpak tinggi dalam menjulang kecemerlangan reputasi universiti terbaik negara sekaligus mengangkat Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf dunia.

Dalam sasaran masa depan yang utuh, UM kekal teguh dalam visinya untuk meneroka sempadan baharu dalam pendidikan dan penyelidikan, dan mencipta landasan strategik dalam menzahirkan perubahan berani dan berdaya saing, seiring dengan tema Universiti Malaya: Home of the Bright, Land of the Brave (Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani). Penglibatan UM di China bukan hanya proses membina institusi fizikal semata-mata – ia adalah tentang membina masa depan yang lebih cerah, mencetus perubahan dinamik, dan mencorak rencana dunia baharu untuk generasi akan datang.

Last Update: Mar 24, 2025