[email protected] +603-7967 7022                  

UNIVERSITI MALAYA STANDS OUT AS THE TOP UNIVERSITY IN MALAYSIA FOR SUBJECT RANKINGS IN 2025


Universiti Malaya (UM) continues to assert its position as Malaysia’s top university, achieving remarkable success in the QS World University Rankings by Subject 2025, with 20 subjects being ranked in the Top 100 and four subjects in the Top 50.

UM now has the highest number of subjects in the Top 50, from two subjects in 2021 to four subjects now, charting a new feat of pride for the country. Two new subjects entered the elite status of the Top 50, Education and English Language and Literature, while the other two, Library and Information Management and Data Science and Artificial Intelligence, maintained their prowess in their status as among the best in the world, all reflecting the diverse yet focused approach in advancing existing and new critical fields including AI and digital advancement in empowering nation-building.

This achievement is seen through the Subject Rankings where UM is in the Top 10% in the world for 28 subjects. Comprehensively, a total of 41 subjects in UM are recognised in the QS Rankings for 2025. This is a holistic and massively consistent elevation of standards and improvements over the past five years, from the 36 subjects ranked in 2021.

Furthermore, a total of 38 subjects still hold the number one position in Malaysia, a jump from 34 subjects in the last edition of 2024. UM continues to be dominant at the national level, being the top in all four main broad areas: engineering and technology, life sciences and medicine, natural sciences, and social sciences and management.

Reflecting on UM’s performance, Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Vice-Chancellor of Universiti Malaya, emphasized the university’s continuous solid and unwavering focus on enhancing its global top standards in its academic and research excellence and quality. 

"UM's new global recognition and success in the global rankings reflect our relentless pursuit of the highest standard and quality in our research and teaching and learning.

“Our new achievements, including our historic debut in Dentistry and Marketing programmes and our continuous success in other subjects, reinforce our mission to lead the nation and the world in charting new frontiers that will shape a better tomorrow and a new future of hope to humanity and civilisations, from tackling the challenges of climate change to inventing new solutions to the problems facing the world today”.

In addition, UM maintains competitive rankings across all five broad subject areas, showcasing its strength in diverse academic disciplines. In Social Sciences & Management, UM ranks 71st globally, followed by Engineering & Technology at 79th, Arts & Humanities at 98th, Life Sciences & Medicine at 118th, and Natural Sciences at 134th. These rankings highlight UM’s interdisciplinary impact, world-class faculty, and strategic research contributions, reinforcing its position among the top universities in Asia and globally.

UM also celebrates key milestones with first-time entries and major advancements in the narrow subject rankings. Dentistry and Marketing make their debut in the rankings and have been recognised at the highest level with both securing a top 100 placement. UM is also the first and only Malaysian university to be ranked in Dentistry, a testament to the strength of the university in the medical science field.

Anthropology breaks into the Top 200 for the first time, being the first and the only ranked anthropology subject in Malaysia. The university continues to record significant upgrades in quality and recognition in life and medical sciences, underscoring the established expertise and standards in the field.

As UM embraces the future, it remains committed to advancing as a world-class institution and leading a new wave of imagination, ingenuity, and hope for future generations. With these achievements as a precursor to greater milestones, UM will continue to advance the sanctity and quintessence of knowledge of the future for the benefit of the world and humanity for generations to come.

--------------------------------------------------------------------

UNIVERSITI MALAYA KEKAL SEBAGAI UNIVERSITI TERUNGGUL DI MALAYSIA DALAM PENARAFAN SUBJEK 2025

Universiti Malaya (UM) terus mengekalkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di Malaysia dengan pencapaian kejayaan luar biasa dimana 20 subjek telah disenaraikan dalam Senarai Subjek 100 terbaik dunia dan empat subjek dalam Senarai Subjek 50 terbaik dunia dalam QS World University Rankings by Subject 2025.

Dua subjek baharu yang memasuki kelompok 50 terbaik ialah Pendidikan serta Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan. Manakala dua subjek lain iaitu Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat serta Sains Data dan Kecerdasan Buatan mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara yang terbaik di dunia dalam kelompok subjek 50 terbaik.

Kejayaan dalam pengiktirafan ini dicerminkan di mana UM disenaraikan dalam kelompok 10% terbaik dunia bagi 28 subjek. Secara kolektifnya, sebanyak 41 subjek di UM diiktiraf dalam QS Subject Rankings. Ini merupakan peningkatan konsisten dan menyeluruh dengan tambahan lima subjek yang diiktiraf dalam tempoh lima tahun terdekat, berbanding dengan 36 subjek yang diiktiraf pada tahun 2021.

Tambahan lagi, sebanyak 38 subjek masih mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai terbaik di Malaysia, meningkat daripada 34 subjek dalam edisi sebelumnya pada 2024. UM juga merupakan satu-satunya universiti Malaysia yang disenaraikan dalam bidang Pergigian, membuktikan kekuatan universiti ini dalam bidang sains perubatan.

Mengulas mengenai kejayaan UM ini, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya, menegaskan fokus kukuh dan teguh universiti dalam meningkatkan standard global tertinggi dalam kecemerlangan akademik dan penyelidikannya.

"Pengiktirafan dan kejayaan baharu UM dalam pemeringkatan global mencerminkan usaha konsisten dan berterusan kami dalam mencapai piawaian dan kualiti tertinggi dalam penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran.”

"Pencapaian baharu kami, termasuk penampilan baharu  program Pergigian dan Pemasaran serta kejayaan berterusan dalam subjek lain, mengukuhkan misi kami untuk menerajui negara dan dunia dalam meneroka lembaran ilmu dan kepakaran baharu yang akan membentuk wacana dan wadah masa depan yang lebih baik dalam menyuntik harapan baharu bagi kemanusiaan, dalam mencipta penyelesaian baharu terhadap masalah global masa kini."

Naib Canselor turut menyampaikan penghargaan mendalam kepada seluruh komuniti UM—termasuk kakitangan akademik, penyelidikan, pentadbiran, pelajar, rakan kongsi, pemain industri, dan kolaborator—atas dedikasi serta sumbangan mereka. Beliau juga mengiktiraf sokongan teguh daripada Canselor, Pro-Canselor, Lembaga Pengarah, dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, di mana usaha kolektif mereka terus memacu kejayaan UM.

Tambahan lagi, UM mengekalkan kedudukan yang kompetitif dalam kelima-lima bidang subjek utama, memperlihatkan kekuatannya dalam pelbagai disiplin akademik. Dalam Sains Sosial & Pengurusan, UM berada di kedudukan ke-71 dunia, diikuti oleh Kejuruteraan & Teknologi di kedudukan ke-79, Seni & Kemanusiaan di kedudukan ke-98, Sains Hayat & Perubatan di kedudukan ke-118, dan Sains Semula Jadi di kedudukan ke-134.

Pencapaian ini menonjolkan impak tenaga akademik bertaraf dunia, dan sumbangan penyelidikan strategik dalam memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara universiti terbaik di Asia dan dunia. UM turut meraikan pencapaian penting dan membanggakan dengan pengiktirafan subjek baharu dalam kelompok 100 terbaik dunia, dengan penampilan sulung dua subjek khusus iaitu Pergigian dan Pemasaran.

Universiti terus mendominasi di peringkat nasional, menduduki tempat teratas dalam kesemua empat bidang utama: kejuruteraan dan teknologi, sains hayat dan perubatan, sains semula jadi, serta sains sosial dan pengurusan. Subjek Antropologi pula berjaya menembusi kelompok 200 terbaik buat kali pertama, menjadi satu-satunya subjek antropologi yang disenaraikan di Malaysia. Peningkatan ketara dalam kualiti dan pengiktirafan dalam bidang sains hayat dan perubatan, mencerminkan kepakaran serta standard yang tinggi dalam bidang ini.

Last Update: Mar 13, 2025